Thinking of you...

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2x mukmin,baik diri maupun harta mereka dgn memberikan syurga utk mereka.Mereka berperang utk jalan Allah sehingga mereka membunuh ataupun terbunuh."(9:111)

Monday 7 March 2011

5 Golongan yang menempuh GAGAL







1) PEMBUANG MASA


Golongan ini memang favourite antara kita. Malah kita sendiri mungkin juga kadangkala termasuk dalam golongan ini, nauzubillah! Mereka ini sering membuang masa,padahal bermacam-macam perkara berfaedah yang boleh dilakukan. Golongan ini digelar "curi tulang" ketika bekerja, melakukan perkara yang tidak berfaedah seperti membaca akhbar, chatting online dan bersembang kosong. Jauhilah dari golongan ini krn ia paling mudah kita terikut-ikut turut menyertai mereka (suka membuang masa). Untuk berjaya, fokuskan usaha, tenaga dan masa kita pada pada perkara yang berfaedah dan memberi pulangan kepada diri kita, keluarga dan agama. Masa jauh lebih berharga daripada emas krn emas yang berlalu tidak mungkin kita jumpa kembali!


2) PEMBERI ALASAN


Golongan ini juga mudah kita sertai. Mereka ini sering kali mudah memberi alasan daripada memikul tanggungjawab. "Mengapa lewat ke tempat kerja ?" Jawapan : " Sebab traffic jam !" " Mengapa tak siap kerja yang diberi ? " Jawapan : " Laptop kena virus ". Teringat saya pada kata-kata guru saya, Dato` Dr. Fadzilah Kamsah. " Orang lain buat duit, kita buat alasan" yang amat dalam maknanya. 1001 lagi alasan boleh diberikan. Lebih teruk lagi, sekiranya sudah mempunyai alasan standard atau template untuk digunakan pada bila-bila masa sahaja! Memberi alasan memang amat mudah. Memikul tanggungjawab adalah susah. Manusia secara tabiatnya akan melakukan perkara yang mudah terlebih dahulu sebelum melakukan yang susah. Kunci kejayaan terletak pada pilihan yang kita lakukan. Sama ada datang lewat untuk kerja, tidak dapat siapkan kerja , sama ada kita mengambil tanggungjawab tersebut ataupun tidak, adalah pilihan kita.

3) SERING MENYALAHKAN ORANG LAIN


Golongan ini sering menyalahkan orang atau persekitarannya sebagai penyebab mereka tidak berjaya. Ketika kegawatan ekonomi tidak lama dahulu, ramai usahawan merungut , "Susah nak cari pelanggan! Economy down! Benarkah ekonomi yang salah? Ataupun kita yg tidak pandai mencari peluang lain ketika ekonomi kurang stabil itu? Ataupun kita tidak menggandakan usaha kita ketika ekonomi memerlukan kita agar lebih berusaha? Ataupun kita tidak bersedia merancang pelan B sekiranya sesuatu yang tidak dijangka berlaku kepada perniagaan? Untuk berjaya, 100% tanggungjawab perlu dipikul oleh diri sendiri. Sesuatu yang hebat berlaku pada diri kita adalah atas usaha kita. Sesuatu yang tidak diingini berlaku,juga adalah salah kita.





4) BERFIKIRAN NEGATIF

Memang lumrah manusia mudah berfikir negatif berbanding dengan positif. Yang menjadi masalahnya ialah mereka menyuarakan fikiran negatif tersebut, seterusnya menyebarkan virus-virus negatif. Tidak cukup dengan diri kita, ditambah dengan keadaan di mana terdapat suara-suara negatif di sekeliling kita. Sebagai contoh, apabila kita hendak memulakan perniagaan, mungkin keyakinan kita akan berasa ragu-ragu.Sering kali perasaan takut atau negatif itu terpantul ke dalam fikiran kita.Keadaan ini membuatkan kita lemah semangat.Lebih buruk lagi pada masa yang sama, ada pula kawan-kawan yang juga menyuarakan pemikiran negatif. " Isy, kau tak berniaga? Kalau rugi macam mana?" Pastinya ia akan menghentikan langkah kita. Cara terbaik ialah dengan mencari lawan kepada golongan ini- iaitu golongan orang yg berfikiran positif. Bercampur dengan mereka yang berfikiran positif, akan membuatkan kita juga turut berfikiran positif untuk mencapai apa jua matlamat.

5) TIDAK BERUSAHA MENAMBAH ILMU

Ilmu boleh didapati di mana-mana melalui pengamatan sekeliling, drp bacaan buku dan majalah, melayari Internet, menghadiri majlis ilmu ataupun dapatkan drp mereka yg lebih berilmu. Dalam al-Quran disebut perkataan ilmu sehingga lebih drp 700 kali, menunjukkan betapa pentingnya ilmu. Golongan yang tidak berusaha mencari dan menambah ilmu umpama tidak menyayangi diri sendiri kerana tidak mahu memperbaiki diri sendiri. Golongan ini adalah golongan yang paling rugi. Namun, ada juga golongan yang lebih rugi lagi, iaitu mereka yang mempunyai ilmu tetapi tidak mengamalkan ilmu yang dipelajarinya! Mudah-mudahan kita tidak tergolong dalam lima golongan di atas!

SUMBER : Irfan Khairi, MAJALAH SOLUSI , ISU NO. 25 (ms 66)

No comments:

Post a Comment