Thinking of you...

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2x mukmin,baik diri maupun harta mereka dgn memberikan syurga utk mereka.Mereka berperang utk jalan Allah sehingga mereka membunuh ataupun terbunuh."(9:111)

Monday 24 January 2011

Salahuddin bin Ayyubi

Salam wbt..Apa khabar iman kita hari ni ye kawan2x?Untuk entry kali ini saya ingin berkongsi kepada semua sebuah novel Islam yang saya baca yang berjudul Salahuddin bin Ayyubi penakluk Jerusalem..Salahuddin merupakan seorang pemerintah yang disegani dan mempunyai semangat jihad yang tinggi menawan Jerusalem. Nama sebenar beliau ialah Yusof. Beliau dilahirkan di Tikrit, Iraq pada tahun 543 H bersamaan dengan 1138 M. Ayah beliau bernama Najmuddin Ayyub berbangsa Kurdis. 









Sejak kecil, beliau telah diasuh oleh bapa saudaranya dengan ilmu ketenteraan dan diajar ilmu agama oleh ayahnya sendiri. Semasa kecil hingga meningkat remaja, memang tidak nampakpun dia akan masyhur apabila dewasa. Beliau sangat cekap menunggang kuda dan menyertai tentera berkuda Aleppo. Selepas beliau berpindah ke Mesir, beliau bertambah zuhud dan warak. 


Beliau membina empayar Muslim yang cukup kuat untuk mengeluarkan kaum Kristian dari Baitulmaqdis. Kemuncak perjuangannya apabila beliau dapat mengalahkan tentera Salib di Hittin iaitu dikenali sebagai Perang Hittin pada 4 Julai 1187 M. Baitulmaqdis akhirnya jatuh ke tangan tentera Islam pada 15 Oct 1187 iaitu hari Jumaat bersamaan 27 Rejab 583 H.Beliau mempunyai akhlak yang sangat mulia dan sangat prihatin kepada rakyatnya.

Beliau merupakan satu-satunya sultan yang tidak diwajibkan membayar zakat kerana beliau tidak mempunyai harta yang cukup malah kesemua harta rampasan perang dibahagikan kepada kesemua tentera dan rakyatnya. Beliau seorang yang sangat zuhud dan hidup dalam keadaan yang bersederhana. "Salahuddin tidak pernah meninggalkan solat berjemaah kecuali hari ni" kata Bahaudin, sahabat beliau  yang sangat setia kepadanya. 

Walaupun beliau jatuh sakit dan hanya menuggu saat-saat kematian namun beliau masih mahu untuk solat berjemaah, tetapi bagaimana pula dengan kita?? Jikalau kita ditimpa sakit contohnya mendapat demam, adakakah kita kuat untuk solat berjemaah atau hanya mahu solat duduk sahaja kerana tidak larat untuk bangun. Jika kita reflek kepada diri sendiri kita , berapa kali kita tinggal solat berjemaah dalam sehari? Adakah kita cuba untuk berusaha bersama-sama solat berjemaah dengan keluarga kita, mahupun sahabat2x kita yang duduk bersama..Mungkin ini salah satu muhasabah kepada sahabat2x dan terutamanya kepada diri ini juga.


Beliau meninggal dunia di atas katil. Beliau tidak pernah memiliki sebuah rumah dan beliau hanya meninggalkan wang simpanan sebanyak 4 dinar sahaja setelah pemergiannya. Beliau seorang sultan yang sangat hebat. Beliau selalu berpuasa sunat walaupun pada waktu siangnya beliau berperang melawan musuh. Salahuddin juga sangat kuat beribadah dan selalu bangun malam memohon keampunan dan meminta kepada Allah SWT supaya Jerusalem dapat dimenangi oleh tentera Islam. Selain itu, beliau juga sangat bijak mengatur strategi dalam menghapuskan musuh dan banyak strategi beliau ikuti dari sunnah Rasullullah SAW..


Wahai pemuda-pemudi sekalian, apakah sumbangan kita kepada Islam pada hari ni? Adakah kita leka dengan duaniwi sekarang? Seperti sabda Rasulullah SAW, umat akhir zaman seperti buih-buih di lautan dan mendapat penyakit walhan. Tanya sahabat kepada baginda."Apakah itu penyakit walhan?" "Penyakit walhan itu adalah cinta kepada dunia tapi takut kepada mati." Ayuh bangkitlah wahai pejuang-pejuang Allah, marilah kita sama2x tegakkan kalimah Allah di muka bumi ini. Ayuh bangun berjuang.


"Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui."(At-Taubah 9:41)


Sekian, selamat beramal..wassalam wbt..thinking of you.. 

Sunday 9 January 2011

It`s getting over..

        Hari ini merupakan hari terakhir bagiku untuk cuti winter..Masa berlalu begitu pantas sekali tanpa aku menyedarinya. Cuti yang ada ini aku telah manfaatkan dengan menghadiri program winter retreat seperti FUIYO 10, banyak ilmu dan ibrah yang aku dapat garap sepanjang menghadiri program tersebut. Dan paling bermakna adalah apabila ukhuwwah fillah yang terjalin dengan sahabat dan adik2x terasa indah sekali.

"Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat" 
(Al-Hujurat; 49:10)

Selamat bermujadah



    Semangat yang baru harus ku cari untuk memulakan sesi baru ini dan bibit-bibit kemalasan sudah terpancar dlm hatiku, namun aku harus kuat untuk menahan nafsu malas ini..Ya Allah,kau bantulah hambaMu ini dan berikanlah semangat yang kuat untuk aku menempuh perjuangan yang belum selesai ini ...Teaching practise akan bermula tidak lama lagi..Mental dan fizikal ini belum bersedia sepenuhnya lagi untuk mengajar pelajar-pelajar.. 'Essential Teaching Skills book' yang telah di recommend oleh tutorku belum khatam aku baca...oh,bilakah dirimu mahu habis untuk membacanya...Common Muti`ah,u should to finish it..Mungkin kerana leka untuk menghabiskan sebuah novel sejarah Islam 'Salahudin Ayubi Penakluk Jerusalem' ..this book really inspired me to move forward again and again.. semangat jihad yang ditunjukkan oleh beliau dalam menakluk Jerusalem seharusnya menjadi contoh teladan kpd seluruh umat Islam kini..I will share the knowledge that I gained from this book in the new entry insyaAllah coz i`m not finish yet read this book..=)

ok la setakat ini sahaja coretanku untuk kali ini..selamat bermujahadah semua...

Thinking of you...

Saturday 8 January 2011

Bittaufiq wannajah fil imtihnan..

Assalamualaikum wbt..

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat menempuh alam peperiksaan yang bakal menjelma tidak lama lagi..semoga kalian sume diberikan ketenangan dalam menjawab exam dengan baik...

Do your best, among the best...

Kuatkan semangatmu, berjuanglah habis-habisan ..Buatlah yang terbaik....

Luv u all...Ukhuwwah fillah abadan abada...


Inspirational of the day...










A successful person is one who can lay a firm foundation with the bricks that others throw at him. 

~ David Brink



A decision is made with the brain. A commitment is made with the heart. Therefore, a commitment is much deeper and more binding than a decision. 

~ Nido Qubein



Constant kindness can accomplish much. As the sun makes ice melt, kindness causes misunderstanding, mistrust and hostility to evaporate. 

~ Albert Schweitzer



Kindness is more than deeds. It is an attitude, an expression, a look, a touch. It is anything that lifts another person. 

~ C. Neil Strait



It's always too early to quit. 

~ Norman Vincent Peale



Give a man a fish, you fed him for a day. Teach a man to fish; you have fed him for a lifetime. 

~ Chinese Proverb

Friday 7 January 2011

Mencari redha Ilahi

This year I have several aims..One of my aims is to have my own blog..Before this I have my own blog but then there are so long time I`m not writing in my blog. Hopefully I will continuously writing in my new blog as well as giving beneficial to others. Feel free to comment..=) Teringat hadith Rasulullah SAW, apabila mati nya anak cucu Adam maka terputuslah segala amalannya kecuali 3 perkara iaitu :
  • ilmu yg bermanfaat
  • sedeqah jariah
  • anak yg soleh yg mendoakan kedua-dua ibu bapanya

Inilah jalanku...


Semoga sedikit ilmu yang ada pada diri ini dapat memberi sedikit manfaat untuk semua..inilah jalanku..."Sampaikanlah daripadaku walau sepotong ayat"...sharing is caring...


semoga aku thabat di jalanNya...wassalam wbt..